salam semua....ok hari sabtu lepas ( 6 Nov 2010) saya ada attend wedding yang berkonsepkan garden...di dalam kad beliau ada tulis tema: garden wedding...mula-mula agak peliklah sebab ada ke orang buat garden wedding malam-malam...asyik terbayang saja suasananya macamana( maklumlah first time attend garden wedding ini)
lupa pulak nak cakap....ini wedding anak kawan mak saya ( satu ofis)... selalukan orang akan buat garden wedding ini waktu petang/tengahari....yelah ini depends on individu jugak kan....mereka ini guna wedding planner (mesti mahal kena bayar ini)
ada gak terlintas di fikiran maybe buat dalam dewan tapi berkonsepkan garden wedding...and then, bila dah sampai tu suasananya macam ini...dia buat dekat hall....pelamin mereka mengadap padang rumput...tapi malam still tak nampak sangat....ada certain tempat makan dekat hall dan ada dekat atas rumput....ok itu saja gambaran yang saya dapat bagi....jom lihat gambar dia pulak ye....
Location : Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Mount Kiara.
theme : garden wedding
bride & groom : Idayu & Farid
Congratulation to both of u...nice wedding ok....and very sweet color combination...
centerpiece ( tinggi kan?)...hehe
nasi yang dibawa dan dihidang oleh penari cilik
(if i'm not mistaken lah...hehe)
budak perempuan main kompang ok...hebat...
main kompang sambil menari...susah tue...
pelamin garden wedding
pelamin dari jauh
bunga rampai yg dibawa oleh flower girls
kad kahwin yang cantik
sesiapa yang kaya bolehlah buat kad macam ini
(bahagian depan)
bahagian lelaki...nice right?
very adorable wedding card!
yang ini door gift box mereka
egg & tissue cover
sesiapa nak idea yang unik bolehlah buat door gift macam ini
tapi kos tinggi sikitlah..
(sesiapa belum kahwin...sila kumpul duit ye)
ada 4 benda yang dia bagi sebagai door gift:
telur, tissue cover, coklat & small glass
ini gelas yang mereka bagi
gelas MAS + tampal sticker Thank you tag
nice right???
cover tissue wrapped telur & letak dalam gelas
ini bukan door gift ye...hehe
beg yang digunakan untuk ke majlis tersebut
made in vietnam...huhu
Moral of value ialah sesiapa yang lambat lagi nak kahwin dinasihatkan supaya simpan duit banyak-banyak...nanti tiba masanya boleh buat majlis secara grand..