Showing posts with label Tips untuk Ibu. Show all posts
Showing posts with label Tips untuk Ibu. Show all posts
RESIPI SUP IKAN HARUAN
Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan
2 cawan air
 2 sudu makan minyak jagung
 1 sudu makan lada hitam

 – ditumbuk 3 ulas bawang merah - ditumbuk [A] 2 ulas bawang putih - ditumbuk [A] 2 sm halia - ditumbuk [A] 1 keping asam keeping Garam secukup rasa Daun bawang & daun sup – dihiris

 Cara menyediakan:

a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan.

b) Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan air.

c) Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan.

terdapat pelbagai resipi untuk ibu semasa berpantang...korang just perlu search saja...ini di antara resipinya...

credit to blog hamil

Secara umumnya, wanita di dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan laut (udang, ketam, sotong) kerana boleh menyebabkan kegatalan pada luka.


Telur boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan mungkin bernanah


 Ikan yang boleh dimakan adalah dari jenis bersisik (tidak bisa) atau yang tidak menyebabkan kegatalan seperti ikan siakap, haruan (menyembuhkan luka), bawal putih/hitam, gelama dan ikan tenggiri.


Antara sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibenarkan adalah seperti kubis, tebu, air kelapa dan buah anggur kerana akan menyebabkan tubuh sejuk atau 'berangin'.

credit to blog hamil
  • Mulakan penyusuan dengan mengendung bayi tanpa

  •    membebankan:

    • bahu
    •  
       
    • tangan dan pergelangan tangan
    •  
       
  • Gunakan bantal untuk meletakkan bayi dekat dengan payu dara anda supaya tangan anda tidak sakit



  • Berikan susu badan pada setengah jam pertama selepas kelahiran untuk merangsang pengeluaran susu yang seterusnya



  • Pastikan anda selesa dan betul-betul tenang



  • Letakkan puting susu ke arah bibir bayi sehingga mulutnya terbuka luas



  • Masukkan puting dan kesemua bahagian areola ke dalam mulut bayi



  • Pastikan mulut bayi anda menutupi bahagian aerola



  • Anda akan rasa bayi menghisap bahagian puting dan aerola



  • Berikan kedua-dua belah payu dara



  • Bayi yang baru lahir selalunya mahu menyusu dua atau tiga jam pagi dan malam



  • Berikan susu jika bayi anda lapar



  • Bertenang semasa menyusui bayi



  • Cuba selimuti bayi dan kendungnya untuk menyusuinya kerana bayi perlukan pelukan ibu supaya rasa selesa dan selamat



  • credit to blog hamil