thank you tag ini saya edit sendiri tau...tapi ambil design dari blog mana entah...sorry sangat2 yer kepada owner blog tersebut...saya lupalah...tapi saya rasa di antara blog favourite saya lah iaitu diaterimanikahnya dan renda-perancis...

ini antara projek yang D.I.Y saya lah...hehe...lepas ini nak paste banyak-banyak dekat word then print untuk 1000pcs...wahhhh sangat jimat kos tahu....dahlah buat sendiri...rasa ada special di situ....

ok....uols sila bagi pendapat yang mana better? ada dua jenis thank you tag.. kalau ada color yang patut tukar pun silalah cakap ye...saya tak kreatif sangatlah :D

 1st

2nd

size tag ni kecik saja ye...sebab suka yang cute mute ni...hehe...aku dah tanya pendapat mak aku...dia suka yang first sebab nama kami nampak jelas...huhu...bagi aku dua2 ok...hehe...maybe lah yang no 2 ini ruangan menulisnya terhad....itu yang nama kami tak nampak jelas...hehe...sila bagi pandangan ye sahabatku semua
Hari rabu lepas, mak aku masuk office lewat sikit kerana nak ambil door gift yang kami dah tempah dekat Kedai Bunga Vivian dekat Chow Kit. Ala yang kedai yang aku cakap murah itu. 


kami bukan just nak ambil door gift saja tapi kami beli jugak corsage untuk penanggah...murah saja...ada 12 dengan harga RM9...tauke kedai itu baik saja...dia siap ajar lagi macamana nak letak duit dekat situ...huhu...baik hati kan..

then kami ada beli hiasan untuk buat hantaran...kami buat sendiri je hantaran (jimat kos sikit)...hehe...pihak tunang saya dia tempah...satu dulang harga RM45+...mahalkan...so, yang boleh kita cut cost dan D.I.Y kita buatlah...


 
ada 12 kotak yang kena ambil. nasib baiklah kereta muat untuk 12 kotak itu. Alamak lupa nak amik gambar masa kotak dalam kereta.. padat tau..dan berat jugak...

kotak itu kitorang simpan dekat garage kereta kat depan rumah ini saja... nak simpan dalam rumah bak kata mak aku buat semak saja dan menyempitkan lagi rumah yang kecil ini...hehe...

door gift ini untuk orang besar....door gift untuk si kecil tak beli lagi....bekas door gift untuk si kecil pun tak beli lagi...hehe...door gift untuk orang dewasa simple sahaja...tapi still ada paper bag ok...door gift saya murah saja...tiada door gift untuk vip...semua sama saja...tiada diskriminasi tapi kecuali door gift pihak lelaki..hehe...


Tips memilih door gift:


 
saya ada terbaca dekat blog siapa entah pasal door gift ini...so di sini saya huraikan dari sudut saya pulak...

1. kalau boleh bagilah door gift yang orang boleh guna contohnya sapu tangan, kipas, cermin,cawan dan ...

2. bagi yang boleh makan seperti buah, cupcake,muffin,bahulu, kek lapis, jajan, telur, coklat, gula dan ...

3. elakkan bagi frame yg ada gambar kita, potpuri, sabun, sudu n garfu, ...

anda fikirlah sendiri apa yang sesuai untuk di beri....macam saya, saya suka orang guna dan boleh makan. kalau lebih pada hiasan ini tak tahulah tetamu akan simpan lama ke tidak.

keputusan terletak di tangan anda :D
ok...hari itu aku ada cakap nak bagitahu siapa designer baju nikah aku kan...

nama dia Ariff Shukor....rumah dia dekat Pandan Indah....korang boleh search dekat Facebook mabs couture by ariff shukor...kalau nak kenal dialah....

walaupun dia designer tapi harga dia still murah dan boleh dirunding lagi...maybe lah aku dapat murah sebab mak aku kenal kawan rapat dia...huhu

hari selasa malam hari itu...dia ada call mak aku sebab nak suruh datang untuk fitting baju nikah aku...
hish malu aku....dia lelaki walaupun umur dia baru 22 tahun...malu sebab nak kena ukur2 kat badan aku...

kejap saja singgah rumah dia...final fitting...masa fitting hari itu, kain agak labuh dan tangan pun labuh...

aku lupa nak tanya mak andam aku dia nak bagi berapa inci punya kasut...sebab designer aku nak tahu aku nak pakai berapa inci...supaya labuh kain itu sesuailah bila aku pakai kasut....huhu...

tapi ada satu saja tak puas hati...bukan tak puas hati apa kitorang lupa nak suruh dia buat leher macam leher baju kurung : (.. dah nak buat macamana...ariff itu kata dah tak boleh alter dah...just alter labuh kain, tangan dan fit kan sedikit di bahagian pinggang....hehe...

lepas itu, tinggal dia tampal batu sahaja...dia kata nak tampal batu silver....tapi tak tahulah lawa ke tidak...kitorang accept je cadangan ariff itu...dia mesti lagi arif( macam nama dia lah pulak...hehe)...baju nikah aku putih ( standard baju nikah :D)...

harga yang aku tempah ialah 300...mahalkan...that's why lah aku suggest kan korang just amik pakej perkahwinan saja...murah sikit :D



sorry tak ada gambar....gambar baju boleh tengok masa lepas nikah...hehe
Antara kegembiraan atau dugaan....


tadi aku dapat mesej dari rakan upsi aku....dari 3 orang iaitu mar, nani dan leng. diorang hantar mesej forward kepada aku...itu bukan isunya....isunya ialah content mesej tersebut....mesej tersebut ialah


Salam. terkini, semakan penempatan boleh disemak pada 15 november. selepas 2 minggu daripada tarikh anda tahu penempatan, anda akan tetap posting untuk orientasi kursus induksi...


ok. ikut pengiraan akulah kan...2 minggu selepas 15 november ialah 29 november....so, lagi beberapa hari saja untuk aku nikah dan sanding dari 29 november....uwaaaaaaaaa.....tension tahu tak? nak tak nak terpaksa aku ignore sahaja mesej tersebut sampailah keputusan penempatan keluar....




sahabat handai yang dikasihi doakan semoga urusan aku dipermudahkan dan berjalan lancar.
aku mengharapkan sangat doa korang semua....sedih aku dan pressure ni : (
TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
•Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi pengantin perempuan:
•Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
•Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
•Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
•Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
•Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki:
•Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:
•Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki
•Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
•Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
•Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
•Cincin / gelang tangan / rantai.
•Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
•Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
•Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
•Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
•Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
•Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
•Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
•Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
•Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
•Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.


credit to renee meow
sesiapa yang akan berkahwin tidak lama lagi bolehlah pergi SACC ni...
pergilah usha-usha apa yang patut...
dari situ maybe dapat idea untuk majlis perkahwinan anda..
selalunya banyak promosi...tak silap aku ada door gift...
tak tahulah dia bagi door gift kepada sesiapa yang datang


Senarai Semak Bakal Pengantin
curik from bakalpengantin.com ;p


Perancangan yang baik untuk bakal pengantin melayu, pastinya membantu malancarkan perjalanan majlis perkahwinan anda. Semak keperluan penting yand disediakan oleh BakalPengantin.com

12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

* Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
* Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
* Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
* Mengaturkan bajet
* Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda
* Mengumpul nama tetamu
* Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
* Memilih cincin pernikahan
* Memilih kek pengantin
* Memesan cenderahati untuk tetamu

5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

* Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan
mencuba kelengkapan pakaian).
* Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek
perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)
* Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
* Menghubungi saksi pernikahan
* Membuat rawatan ke spa

2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

* Menyenaraikan nama tetamu
* Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
* Merencanakan bulan madu
* Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
* Memastikan rawatan spa secara intensif
* Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
* Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan

SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

* Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
* Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
* Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
* Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
* Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
* Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung

*credit to bakalpengantin.com dan renee meow*
aku buat ni sebab ditag oleh sahabat baikku iaitu wanee :D



1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.


KFC- suka sangat makan kfc ni...sebab aku suka ayam goreng...selain itu, suka cheezy wedges dan sup dekat kfc itu...memang menjilat jari....hehe

laksam- aku memang suka laksam...sebab kuah laksam itu dibuat dari ikan dan santan...ada rasa lemak2 sikit...wahhh tengah tunggu masa mak aku nak buat ni...bila entah dia nak buat...

tomyam- tak tahu kenapa aku suka tomyam...maybe sebab masam manis masin kot....haha...dan suka tomyam yang pedas... :D






2. Dua jenis air apa yang paling korang suka?


Milo Ais dan jus tembikai susu....






3. Which type of food yg korang prefer, pilih 3 sajo : Malay, Indian, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian

i. Malay...fav itu...hehe..melayu tulen lah katakan
ii.western
iii.arabian kot sebab kebab....haha


4. Apa makanan yg korang paling expert masak? Dalam kata yg lain, takyah tgk resepi tapi at the same time bile org lain rasa, org akan kata "wahhh, gila sedap".


sambal udang, tenggiri masak tomato dan ayam/ikan goreng cili padi..






5. Semahal mana korang pernah bayar untuk makanan korang?


kalau yang mahal selalunya parent or tunang yang bayar...haha...maklumlah tak mampu :D
tapi bagi aku...maybe RM20






6. Beri nama restoran favourite. Apa makanan kat situ yg paling sedap?

Thara Seafood...tomyam dia memang sedap....semua masakan kampung dia sedap...thara seafood ni kat bandar tun razak






7. Ayam, kambing, lembu, itik, burung puyuh, burung wak-wak, rusa, landak, merpati, ayam denak. Mana satu yang korang suka? Kalau korang ada suka yang lain, tapi aku tak list, bagitau je la.


Burung puyuh!!!!!! sedap digoreng!!Kambing pun suka! Kambing golek makan dengan black pepper sauce...yummy!






8. Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda? Dan makan/minum apa? Kalau korang ingatlah kannn.


Garden seafood kot kat tg. malim...huhu...tak ingat lah pulak minum apa...makan makanan kampung je...tomyam lahh kacang panjanglah...entah apa entah...






9. Apa makanan yg selalu remind korang terhadap pasangan korang?Kenapa?


dia suka makan apa ek...hehe...tapi dia suka McD...huhu






10. Kalau pegi rumah orang, korang selalu berharap orang tu selalu hidang apa?


Makanan yang sedap...tak kisahlah makanan apa pun...janji sedap dan menyelerakan :D






11. Makanan yg korang mmg tak buleh nak telan langsung. Samada tak sedap atau tekak korang dah kembang.


peria , petai dan jering






12. Menu raya paling disukai.


Nasi dagang, laksam, laksa terengganu, lemang, ketupat palas....






13. Jajan/Cikedis favourite?


Potato Chips hot n spicy dan twisties curry dan cheezel :D






14. Beri dua makanan yg mak korang masak yang korang suka?


Asam pedas dan sweet sour.






15. Makanan paling pedas korang makan? Sapa masak?


mama aku....makan nasi ayam...dia punya sos mak aku terletak banyak cili padi...meleleh2 peluh, air hidung dan air mata...hehe






yeayyy dah abis jawab....
nazira dan yana sementara bosan tunggu posting ini apa kata korang jawab ini...hehe
sila la buat tag ni di blog anda pula yer ;P
Tips pilih kain nikah ini adalah pendapat aku campur dengan pandangan orang-orang yang berpengalaman lah ye....tak nak ikut pun tak apa...hehe

tipsnya ialah:

1.  jika sesiapa teringin nak buat baju nikah sendiri iaitu menggunakan kain yang dipilih, anda dinasihatkan supaya jangan membeli kain chiffon...kerana chiffon sangatlah lembut dan sangat susah jaga(memanglah kain chiffon ini sedap di pakai yakni sejuk je sesiapa yang memakainya)...dan kemungkinan besar mudah koyak....ini pendapat dari designer yang buat baju nikah aku ini...hurmmmm : ( ...tapi dia kata chiffon jakel...chiffon kat tempat lain tak tahulah : D

macam akulah...tersalah beli...terbeli kain chiffon...masa itu terpengaruh dengan staff kat jakel itu...lawa memang lawa tapi kena jaga betul-betul lah...masa itu tak berapa reti nak pilih kain...kain nikah ini bukan baru beli sebab dah nak nikah dah tapi beli buat hantaran masa tunang hari itu...aku tunang 6 disember 2009..kain nikah itu kitorang beli bulan 5 kalau tak silap(sebab ingatkan tunang bulan 6 tapi postponed)...huhu...bak kata designer aku mahal kain yang aku beli itu...masa itu aku beli dalam RM500 ( 4 meter setengah chiffon + 4 meter satin bagi perempuan + 4 meter setengah satin bagi lelaki) kalau tak silap aku...nasib baik tak beli lagi mahal...isk3...

2. kalau nak jugak beli kain beli kain lace...french lace...tak pun lace yg halus je...banyak jenis lace kalau tak silap aku...ada yang lace kasar or halus...ni aku tahu dari designer baju nikah itu lahh...

3. aku nasihatkan kepada sesiapa yang akan kahwin....tak kisahlah bila-bila pun kahwin...kalau nak jimat just sewa baju nikah sahaja...tak mahal pun...pada kita beli kain dah berapa dah habis...kos untuk tempah lagi...aku terpaksa jugak buat sebab kain nikah itu dapat masa tunang hari itu...dan yang penting selalunya pakej perkahwinan memang dah termasuk sekali dengan baju nikah....that's why la aku cakap sewa saja lagi jimat ok...hehe

baju nikah aku ni simple je...sebab aku tak berapa reti pasal fesyen nie...lagi pun nikah je pun..aku buat baju kurung moden sahaja....nak tahu siapa designer baju nikah aku? tunggu post berikutnya...hehe : P
haha....kesian aku kan....hari pertama jumpa kak isma masa kitorang tengah survey butik pengantin area bandar baru ampang...aku, tunang aku dan mama aku...kak isma ini dia tegur mekap aku...biasalah dia kan mak andam dan mekap artis...dia punya experience agak gempak lah...dia ajar kelas mekap untuk MAS (maybe ajar pramugari pakai mekap kot) dan biasa mekap personaliti tv3 dan astro...



first tegurannya ialah....cara aku mekap kening aku...dia tak tahu aku main lukis je kening aku...then lupa nak bagi rata(maksudnya tak adalah nampak sangat kening aku lukis...hehe)...aku pakai color hitam...dia kata lepas ini better pakai color brown....dia kata yang hujung janganlah tebal sangat...huhu...free2 dapat teguran..



second teguran masa aku keluar dengan dia hari isnin hari itu...dia kata kening aku dah ok dah....dah pandai dah...huhu....situ ada pujianlah...tapi dia tegur lipstik aku pulak...haha...dia kata suka ye color macam itu...aku pun jawablah...tak adalah saya main pakai je then mama kata ok...huhu...ala dik tu taste mak ko...ko kena pakai yg terang sikit macam pink or peach...baru sesuai dengan umur ko...kalau tak nampak macam tua sikit...huhu...dia kata beli je lipgloss dekat bodyshop....aku nak pakai lipice je lepas ini...hehe

sekian...dah habis
Semalam aku keluar jalan-jalan@teman mak andam aku pergi beli kain dan jalan-jalan...
kitorang pergi 4 tempat dalam masa separuh hari...hebatkan...hehe

Antara tempat-tempatnya ialah:

1. JAKEL Jln TAR.


Aku pergi teman dia tukar kain dan beli kain lace... dia bawa 3 color lace....hijau pekat, gold gelap n purple.

dia tukar kepada 3 color jer...hijau turqoise(sweet je kalau pakai), purple dan gold cerah sikit dari sebelum 

ini( aku orang 1st yang akan pakai tau...hehe) tapi dan ke dia siapkan dalam masa 1bulan...Allahuallam...aku 

harap sempat lah :D...boleh aku pakai....dia kata nak buat design terbaru untuk aku...Alhamdulillah...tapi dia 

kata tiada caj sebab rezeki aku masa itu kebetulan dia nak buat baju baru...Alhamdulillah...syukur sangat2..

masa dekat jakel semalam...aku dengarlah perbualan mereka...akak ini dah biasa kan datang jakel...semua 

staff kenal dia...dan ada sorang staff ini nak kawin hujung bulan 11 ini...pastu akak itu tanyalah kenapa tak 

ambil kat dia...then staff itu cakap tak nak lah akak...akak nya yang VIP saja...(dlm hati aku, macam lah 

aku ini VIP...haha)...akak itu cakap tengok bajet ko lah...akak memang ada untuk VIP & ada untuk 

orang biasa(mcm aku ini lah :D)...pastu staff itu nak ambil mekap je dari kak isma ini...dia kata standard 

Rm500 tapi kalau ko akak bagi RM300...tak tahulah staff itu nak ke tidak...yang bestnya jadi staff jakel ini 

baju di taja oleh jakel...kalau aku tahu...awal-awal lagi aku kerja situ...hehe...dan yang mengejutkan aku 

lagi...kak isma ini kata caj harga isma yer....bayangkan ikutkan harga kat situ tulis RM220 then kak isma 

dapat berapa..nak tau tak? dia dapat RM100 je...dia kata kalau pergi dengan dia memang dapat harga 

murah...aku pun berguraulah...tahu awal-awal lagi pergi dengan kak isma jer...hehe...then kitorang bergerak 

ke Shah Alam...kak isma nak bawak aku pergi sana memandangkan aku tak pernah pergi Alam Sentral, 

SACC dan PKNS....kesian kan aku...hehe

2. Alam Sentral

aku sebenarnya lapar. tak makan apa apa pun pagi semalam...terpaksalah menahan perut aku ini...siap berkeroncong lagi dalam kereta...nasib baiklah kak isma tak dengar...dia pasang radio masa itu...hehe

Alam sentral ini dia bawak sebab dia nak usha baju-baju pengantin kat situ...amik idea la katakan...hehe...aku memang tertarik betul dengan satu butik ini...nama dia Firdz Collection...memang lawa betul baju dia...beads pun lawa...kak isma tanya lah...berapa nak sewa ini? nak tahu berapa harga dia sepasang baju pengantin lelaki dan perempuan lengkap dengan aksesori...harganya ialah dalam lingkungan RM2000 hingga RM3000...mahalkan? sesiapa belum kahwin lagi dan banyak duit boleh lah pergi Alam Sentral...memang lawa...kitorang jalan2 cuci mata jer...hehe...dekat sini pun ada romantika...lagi besar dari kat Metro Point Kajang..lagi banyak pilihan bunga dan murah...

 ni gambar masa kat Romantika

banyakkan bunga dia?


3.SACC

sampai je sana kak isma bawak aku pergi nando's...makan dekat sana...agak seganlah gak....aduh...makan lah aku kat sana...dia belanja...sedap mmg sedap....kechur air liur bila bayangkan balik...Thanks kak isma sebab belanja saya makan...besar jugak SACC ini...tapi kitorang tak round mana pun...

4. PKNS Shah Alam

Tempat yang last sekali....ronda-ronda tengok baju-baju pengantin...yelah keluar dengan mak andam...mestilah dia tengok baju pengantin je...hehe...and then dia pun hantar aku balik sampai rumah...risau jugak aku kalau dia suruh balik naik LRT....hehe

dia ada cerita dekat aku masa kitorang on the way balik rumah...dia cakap artis yang tak penah tinggal solat yang dia tahu lah(lelaki sahaja sebab perempuan susah nak dikenalpasti sebab diorang boleh kata diorang datang bulan betul tak?) ialah:

1. Anuar Zain

 Anuar Zain akan solat dahulu sebelum dia buat show...
ini minat dekat abang anuar zain ini...hehe



2. Ramli Sarip
 Papa Rock ni pun sama dengan Anuar Zain...
bagus betul diorang ini


3. Aznil Hj. Nawawi

sejak Aznil balik dari Haji or Umrah...
dia memang sangat baik...
rambut dia pun dah tak color dah...
Alhamdulillah...saya peminat abg aznil tau!


Ingat semua artis tak solat ke? Soalan cepumas yang saya tanya dekat Kak isma...Fahrin? tapi kak isma tak tahu...huhu

credit gmbr artis ni dari google image
setelah aku bersiap....aku pun menapaklah pergi ke bus stop...aku malas nak tunggu bas...at last aku ambil teksi..

Teksi

aku borak-boraklah dengan uncle teksi ini...umur dia dalam 30an lah...bangsa india...

dia saja bagi aku leka borak dengan dia supaya aku tak nampak meter dia itu gerak laju...dia nak tipu aku 

pun agak-agakla kan...aku dah biasa sangat naik teksi pergi LRT cempaka itu...standard paling mahal aku 

pernah kena pun dalam RM4.50....selalunya RM4.30 jer....aku perasan jugak meter dia itu ada something 

wrong...ye lah dekat traffic light pun meter dia boleh bergerak laju dari 3.70 ke 4.30....tak macam haram 

ke....aku sabar je...aku memang nak ambil no plat dia itu...tapi aku nak rushing tadi...tak dan nak 

ambil...better aku naik teksi cina...tak adalah cekik darah mcm apa....

semalam akhirnya aku keluar dating juga dengan kak isma...haha...ala yang mak andam aku itu @ mekap retis...hehe

ni aku sertakan gambar

kiri ini ialah kak isma (mak andam i), yang kanan kak amy( my photographer)

credit from facebook rias pengantin

ceritanya macam ini...aku dapat panggilan lagi dari dia

kak isma: hallo iza...ko boring tak duduk rumah?

aku: emmm...bolehlah (dalam hati aku...aku ini dah biasa duduk rumah...tiada istilah bosan sebab aku ada blog yang nak update + FB...hehe)

kak isma: jom keluar dengan akak pergi Jakel..

aku: aku perasan kesungguhan dia nak aku teman...at last aku terima pelawaan dia itu...maklumlah dia pulak tahu aku ni penganggur terhormat...hehe

kak isma: ko naik LRT pergi ke ampang ye...nanti akak ambil ko kat sana...

aku: ok...pukul berapa ini nak keluar? masa tu nak dekat pukul 1 petang...

kak isma: lepas zuhur la yer...

aku: ok...

kelam kabut lah aku bersiap...haha...

continue lagi cerita lepas ini...sorry bosan sikit post aku...aku syok sendiri je ini...hehe



hari ini sahaja aku dapat panggilan dari 2 orang yg sangat penting bagi aku...iaitu dari kedai bunga(chow kit) dan butik pengantin(bandar baru ampang)

kedai bunga
auntie: halllo...awak punya door gift dah sampai kedai...bila mau angkat?

aku: hari ini saya tak boleh ambik la auntie.. hari sabtu boleh tak? (tetiba aku teringat hari sabtu ni kan aku pergi kemaman wedding kawan aku masa tu)

auntie: ooo...kalau u ambil lagi cepat lagi saya lega...ini barang stok yang last sekali...u org terakhir yang dapat beli ini...

aku: auntie simpan dulu lah...nanti saya try tanya mak saya dulu...tapi auntie jangan jual dekat orang lain tau auntie...

auntie: yela...u ambil cepat sikit lah...

setelah berbincang dengan mama aku...mama aku buat keputusan nak ambil rabu ini...aku risau auntie tu p jual kat orang lain je...harap-harap auntie tak jual kat orang lain la...hehe

Butik Pengantin 

kak isma: hallo iza...baru bangun tido ke?(masa tu pukul 12 tghari)


aku: ehh tak adalah akak....(sedangkan baru nak mandi...haha)... kenapa kak?

kak isma: ni akak nak tanya ko da finalize ke nak pilih baju color apa?

aku: saya pilih gold la akak...tak berani la pakai hijau tu...huhu...

kak isma: jom ikut akak p jakel...ko duduk rumah je kan..

aku: ehh tak apalah akak...saya dah biasa duduk rumah ni..(malas nak bersiap untuk kuar + segan sebenarnya)

kak isma: emmm...tak apalah...ini akak nak buat baju ini...lawa tak baju yang macam  wedding kat putrajaya hari itu( aku terserempak dengan akak ni masa p wedding bos office mak aku)

aku: emmm saya tak berapa ingat la akak...tapi rasanya lawa gak...

kak isma: ko ada majalah pengantin yang mana?

aku: yang latest....

kak isma: ko bukak page sekian sekian...

aku: ok...lawa lawa....yang macam baju purple akak tu pun lawa gak...

kak isma: emmm tapi yang tu da biasa sangat...yang ni latest punya...ko suka yang mana..

aku: dua dua ok...hehe...eh akak ada caj ke buat baju baru untuk saya nie?

kak isma: tengoklah nanti...

dalam hati aku...mau kena caj berapa ratus ini...tapi akak ni baik...dia tak kisah tukar baju lain pun...janji aku puas hati...hehe...senang berurusan dengan akak ini...:D

sayang kak isma!! alhamdulillah ditemukan co-wedding planner yang baik dan tak kedekut ilmu...
dia yang suggest kan aku pergi chow kit dan romantika ini...
Di sini senarai barang hantaran yang akan di hantar


Hantaran for my lover                                              Hantaran for iza
(tak ikut susunan)

1. Perfume                                                                  1. Perfume
2. Wallet set                                                                2. Mekap
3. Songket                                                                  3. Beg & kasut
4. Jam tangan                                                              4. Jam
5. Kasut                                                                      5. Sireh
6. Kek                                                                        6. Kek
7. Kemeja                                                                   7. Mas kawin & bangle 
8. Sireh                                                                       8. Cek hantaran
9. Buah                                                                       9. Buah

family aku tak ikut adat sangat. sepatutnya kalau laki bagi 9 pompuan kena bagi 11...so tak apalah...dah dapat persetujuan dari 2-2 belah pihak dah....alhamdulillah
Alhamdulillah...dalam penat lelah aku (penat lelah tunang aku sebenarnya..hehe) selama ini membuahkan hasil jugak...
akhirnya aku dah dapat kebenaran untuk bernikah dari pejabat agama islam daerah hulu langat di kajang...
step seterusnya hanya perlu bagi kebenaran ini kepada Imam Malik sebab dia yang akan jadi jurunikah aku nanti....

kepada kawan-kawan saya di luar sana...di sini saya ingin membantu dan memberi tips sedikit iaitu:

1. Anda boleh mendapatkan borang2 utk mohon perkahwinan di website2 jabatan agama islam...
    Contohnya kalau selangor JAIS .banyak maklumat yang anda boleh dapat di website itu. 
    Kalau wilayah persekutuan JAWI . Allah sentiasa mempermudahkan urusan yang baik.Alhamdulillah.

2. Sesudah anda mendapatkan borang tersebut. Pihak lelaki dikehendaki melengkapi dahulu borang tersebut 
    dan mendapatkan pengesahan(Penolong Pendaftar Nikah) berkahwin bg pihak lelaki di kariah yang 
    diduduki.

3. Selepas itu, pihak lelaki dikehendaki bagi ke pihak perempuan untuk pihak perempuan proceed dan 
    mengisi borang tersebut dan membuat pengesahan(penolong Pendaftar Nikah) di kariah tmpt yang akan 
    akad nikah dan mendapat kebenaran berkahwin(Pendaftar Nikah) di PAID juga. setelah itu sila serah kan 
    kepada jurunikah anda.(Jangan lupa semasa jumpa jurunikah@penolong pendaftar nikah sila book tarikh dan 
     masa anda bernikah )

4. Sebelum submit borang2 tersebut pastikan anda sudah menduduki kursus pra-perkahwinan dan telah buat 
    appointment untuk mengambil HIV test...


Harap urusan anda dipermudahkan...aminn
Bunting pelamin? bunting?hehehe...bukan-bukan...bunting untuk majlis kahwin la sayang...

hari itu sepatutnya dah dapat masa ambil kad dekat kedai itu tapi boleh dia lupa nak print our bunting...nasib 

baik lah majlis kami ni lambat lagi...tapi yang tak puas hatinya...dia kata dalam seminggu je akan siap...dan 

dia akan call...tapi sampai sekarang dia tak call2 aku lagi...aku malas nak call lagi...yela minggu lepas busy 

dengan konvokesyen aku...minggu sebelum ini banyak kenduri kahwin kena attend...n this week lak tak leh 

jugak sebab nak balik kampung ada kenduri tahlil for my moyang...



ntah-ntah orang itu dah buang kot aku punya bunting...haha...kalau dah buang silalah buat balik yer...

aku pun satu tak call2 pun kedai itu...bukan tak nak call masalahnya kalau aku call bermakna aku dah nak 

ambil dah bunting itu...

20 gerai dalam pasar Chow Kit musnah dalam kebakaran

(source Utusan Malaysia)

hari selasa hari itu aku ada terbaca pasal ini dalam utusan..
setelah baca tajuk ini membuatkan aku menggelabah dan cuak...
mana taknya...baru hari sabtu sebelum kejadian itu aku pergi Chow Kit
untuk membeli barang-barang perkahwinan aku..
selain itu jugak, aku sudah menempah door gift untuk majlis kahwin aku kat kedai itu...
tapi selepas baca paper ni ..aku boleh buat tak tau je...
sampaila ke hari ini baru aku tau kedai yang aku tempah door gift tu tak terbakar..
alhamdulillah..

tadi auntie kedai itu ada call aku dan cakap door gift aku da siap...boleh ambil...
so insyaAllah aku akan ambil esok...ini bermakna kedai auntie tu tak kena..hehe


di sini saya nak suggest kan sesiapa area Kuala Lumpur dan Selangor boleh la beli 
barang2 perkahwinan anda di Chow Kit...murah dan berbaloi...nak pergi nilai pun tak apa tapi jauh la kan...

kalau nak cari bunga artificial yang lawa2 boleh lah pergi Romantika di Galaxy Ampang atau pun di Metro Point di Kajang...murah dan lawa-lawa...tak payah pergi nilai yang jauh itu...