thank you tag ini saya edit sendiri tau...tapi ambil design dari blog mana entah...sorry sangat2 yer kepada owner blog tersebut...saya lupalah...tapi saya rasa di antara blog favourite saya lah iaitu diaterimanikahnya dan renda-perancis...

ini antara projek yang D.I.Y saya lah...hehe...lepas ini nak paste banyak-banyak dekat word then print untuk 1000pcs...wahhhh sangat jimat kos tahu....dahlah buat sendiri...rasa ada special di situ....

ok....uols sila bagi pendapat yang mana better? ada dua jenis thank you tag.. kalau ada color yang patut tukar pun silalah cakap ye...saya tak kreatif sangatlah :D

 1st

2nd

size tag ni kecik saja ye...sebab suka yang cute mute ni...hehe...aku dah tanya pendapat mak aku...dia suka yang first sebab nama kami nampak jelas...huhu...bagi aku dua2 ok...hehe...maybe lah yang no 2 ini ruangan menulisnya terhad....itu yang nama kami tak nampak jelas...hehe...sila bagi pandangan ye sahabatku semua
Hari rabu lepas, mak aku masuk office lewat sikit kerana nak ambil door gift yang kami dah tempah dekat Kedai Bunga Vivian dekat Chow Kit. Ala yang kedai yang aku cakap murah itu. 


kami bukan just nak ambil door gift saja tapi kami beli jugak corsage untuk penanggah...murah saja...ada 12 dengan harga RM9...tauke kedai itu baik saja...dia siap ajar lagi macamana nak letak duit dekat situ...huhu...baik hati kan..

then kami ada beli hiasan untuk buat hantaran...kami buat sendiri je hantaran (jimat kos sikit)...hehe...pihak tunang saya dia tempah...satu dulang harga RM45+...mahalkan...so, yang boleh kita cut cost dan D.I.Y kita buatlah...


 
ada 12 kotak yang kena ambil. nasib baiklah kereta muat untuk 12 kotak itu. Alamak lupa nak amik gambar masa kotak dalam kereta.. padat tau..dan berat jugak...

kotak itu kitorang simpan dekat garage kereta kat depan rumah ini saja... nak simpan dalam rumah bak kata mak aku buat semak saja dan menyempitkan lagi rumah yang kecil ini...hehe...

door gift ini untuk orang besar....door gift untuk si kecil tak beli lagi....bekas door gift untuk si kecil pun tak beli lagi...hehe...door gift untuk orang dewasa simple sahaja...tapi still ada paper bag ok...door gift saya murah saja...tiada door gift untuk vip...semua sama saja...tiada diskriminasi tapi kecuali door gift pihak lelaki..hehe...


Tips memilih door gift:


 
saya ada terbaca dekat blog siapa entah pasal door gift ini...so di sini saya huraikan dari sudut saya pulak...

1. kalau boleh bagilah door gift yang orang boleh guna contohnya sapu tangan, kipas, cermin,cawan dan ...

2. bagi yang boleh makan seperti buah, cupcake,muffin,bahulu, kek lapis, jajan, telur, coklat, gula dan ...

3. elakkan bagi frame yg ada gambar kita, potpuri, sabun, sudu n garfu, ...

anda fikirlah sendiri apa yang sesuai untuk di beri....macam saya, saya suka orang guna dan boleh makan. kalau lebih pada hiasan ini tak tahulah tetamu akan simpan lama ke tidak.

keputusan terletak di tangan anda :D
ok...hari itu aku ada cakap nak bagitahu siapa designer baju nikah aku kan...

nama dia Ariff Shukor....rumah dia dekat Pandan Indah....korang boleh search dekat Facebook mabs couture by ariff shukor...kalau nak kenal dialah....

walaupun dia designer tapi harga dia still murah dan boleh dirunding lagi...maybe lah aku dapat murah sebab mak aku kenal kawan rapat dia...huhu

hari selasa malam hari itu...dia ada call mak aku sebab nak suruh datang untuk fitting baju nikah aku...
hish malu aku....dia lelaki walaupun umur dia baru 22 tahun...malu sebab nak kena ukur2 kat badan aku...

kejap saja singgah rumah dia...final fitting...masa fitting hari itu, kain agak labuh dan tangan pun labuh...

aku lupa nak tanya mak andam aku dia nak bagi berapa inci punya kasut...sebab designer aku nak tahu aku nak pakai berapa inci...supaya labuh kain itu sesuailah bila aku pakai kasut....huhu...

tapi ada satu saja tak puas hati...bukan tak puas hati apa kitorang lupa nak suruh dia buat leher macam leher baju kurung : (.. dah nak buat macamana...ariff itu kata dah tak boleh alter dah...just alter labuh kain, tangan dan fit kan sedikit di bahagian pinggang....hehe...

lepas itu, tinggal dia tampal batu sahaja...dia kata nak tampal batu silver....tapi tak tahulah lawa ke tidak...kitorang accept je cadangan ariff itu...dia mesti lagi arif( macam nama dia lah pulak...hehe)...baju nikah aku putih ( standard baju nikah :D)...

harga yang aku tempah ialah 300...mahalkan...that's why lah aku suggest kan korang just amik pakej perkahwinan saja...murah sikit :D



sorry tak ada gambar....gambar baju boleh tengok masa lepas nikah...hehe
Antara kegembiraan atau dugaan....


tadi aku dapat mesej dari rakan upsi aku....dari 3 orang iaitu mar, nani dan leng. diorang hantar mesej forward kepada aku...itu bukan isunya....isunya ialah content mesej tersebut....mesej tersebut ialah


Salam. terkini, semakan penempatan boleh disemak pada 15 november. selepas 2 minggu daripada tarikh anda tahu penempatan, anda akan tetap posting untuk orientasi kursus induksi...


ok. ikut pengiraan akulah kan...2 minggu selepas 15 november ialah 29 november....so, lagi beberapa hari saja untuk aku nikah dan sanding dari 29 november....uwaaaaaaaaa.....tension tahu tak? nak tak nak terpaksa aku ignore sahaja mesej tersebut sampailah keputusan penempatan keluar....




sahabat handai yang dikasihi doakan semoga urusan aku dipermudahkan dan berjalan lancar.
aku mengharapkan sangat doa korang semua....sedih aku dan pressure ni : (
TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
•Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi pengantin perempuan:
•Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
•Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
•Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
•Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
•Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki:
•Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:
•Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki
•Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
•Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
•Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
•Cincin / gelang tangan / rantai.
•Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
•Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
•Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
•Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
•Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
•Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
•Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
•Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
•Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
•Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.


credit to renee meow