PANAU??lebih kurangla kulit aku yang kena panau
credit to wikipedia

sakit mata aku melihat panau di tangan & peha ku...

yang paling teruk sekali di kawasan tangan kanan ku n di peha kiri ku...



atas nasihat kawanku, aku telah membeli HURIX'S PANAU SALAP.. dia kata kalau tak mencegah, ia akan makin teruk merebak...disebabkan kata2 dia itu, aku jadi cuak..huhu



RM 8.50

Kegunaannya: ialah untuk panau salap n gatal2 kecil...untuk di sapu di kawasannye..


selepas aku mandi, aku akan always sapu di kawasan yang ada panau...aku harap ia akan cepat sembuh..kawan2 doakan aku ye cepat sembuh...bila ada panau ni menyebabkan aku jadi kurang yakin untuk pakai baju lengan pendek...(kadang-kadang terfikir gak entah-entah Allah saja memberi peringatan padaku supaya menutup aurat dengan sempurna :D)


di sini saya nak kongsikan BEBERAPA petua untuk menghilangkan panau...saya akan amal kan juga lepas ni...belum cuba belum tau kan??


Petua Menghilangkan Panau


  1. Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas.
  2. Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selalu.
  3. Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihatlah hasilnya dalam beberapa hari
  4. Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh
  5. Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang. Sapu pada panau dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehingga panau hilang

Daun gelenggang


4 comments:

Anonymous said...

macam ner ko leh ada panau ni? siap bagi petua lagi..tapi ko ikut ke petua tu? jeng3..hehe..

zulicious said...

baru nak ikut tp mak aku ckp x berkesan pn..."mama da buat da"..haha...dia suruh aku pakai ubat sapu tu jer :D..aku dpt panau ms sem last kat upsi...mula2 ingatkan sebab panas sgt...rupanye mmg panau :D...

Anonymous said...

Boelh tahu kat mn blh beli ubat ni? Tq

zulicious said...

Late reply because x update blog...sorry... ubat ni leh terdapat di mana2 farmasi atau pun kedai ubat cina (sengsei)