Lauk yang dimakan hari ini


Hari ini makan malam hanya ada 2 lauk je...iaitu lemak cili api & bawal masak merah...dua2 lauk aku tak masak...hehe...tau jela aku ni malas sikit nak memasak melainkan terdesak je...
memandangkan mak aku kurang sihat, tu dia masak sikit jer..huhu
hari ini aku just tolong mak aku kupas bawang, masak nasi (as usual) & goreng ikan bawal. :D
Lemak Cili Api Ikan Masin + Nenas

Lauk yang di atas ni sebenarnya bukan mak aku masak pun..mak aku tapau dari surau semalam...aku just perangat kan balik jer...sedap lauk ni..pandai makcik yang masak lauk nie...kenyang aku tadi...alhamdulillah..makcik tu letak nenas & ikan sepat masin...gulai ni takder la masin sangat...sedap sehingga menjilat jari :D



Ikan Bawal Masak Pedas
Haa... yang ni baru mak aku masak...resipi dia senang jer...meh aku ajar bagi siapa yang tak reti la.. :D
  1. first, goreng ikan bawal dengan kunyit n garam...macam biasa tu
  2. blend 2 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, sedikit halia...blend sampai hancur yer
  3. then, campur cili kering yang sudah siap di blend dengan bahan yang no.2 itu..sebatikan la
  4. letak sedikit minyak & tumiskan bahan yang no.3 itu..
  5. then, da siap tumis letak sedikit gula & garam secukup rasa...ajinomoto sikit dan tak lupa juga 1 sudu besar sos cili..
  6. bila da siap di gaul,bolehla letak ikan bawal yang telah siap digoreng di dalam kuali itu
  7. sebagai hiasan...boleh la letak bawang besar dan cili merah ataupun daun sup sebagai hiasan

Thanks....selamat mencuba yer :D



PANAU??lebih kurangla kulit aku yang kena panau
credit to wikipedia

sakit mata aku melihat panau di tangan & peha ku...

yang paling teruk sekali di kawasan tangan kanan ku n di peha kiri ku...



atas nasihat kawanku, aku telah membeli HURIX'S PANAU SALAP.. dia kata kalau tak mencegah, ia akan makin teruk merebak...disebabkan kata2 dia itu, aku jadi cuak..huhu



RM 8.50

Kegunaannya: ialah untuk panau salap n gatal2 kecil...untuk di sapu di kawasannye..


selepas aku mandi, aku akan always sapu di kawasan yang ada panau...aku harap ia akan cepat sembuh..kawan2 doakan aku ye cepat sembuh...bila ada panau ni menyebabkan aku jadi kurang yakin untuk pakai baju lengan pendek...(kadang-kadang terfikir gak entah-entah Allah saja memberi peringatan padaku supaya menutup aurat dengan sempurna :D)


di sini saya nak kongsikan BEBERAPA petua untuk menghilangkan panau...saya akan amal kan juga lepas ni...belum cuba belum tau kan??


Petua Menghilangkan Panau


  1. Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas.
  2. Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selalu.
  3. Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihatlah hasilnya dalam beberapa hari
  4. Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh
  5. Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang. Sapu pada panau dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehingga panau hilang

Daun gelenggang