Di sini senarai barang hantaran yang akan di hantar


Hantaran for my lover                                              Hantaran for iza
(tak ikut susunan)

1. Perfume                                                                  1. Perfume
2. Wallet set                                                                2. Mekap
3. Songket                                                                  3. Beg & kasut
4. Jam tangan                                                              4. Jam
5. Kasut                                                                      5. Sireh
6. Kek                                                                        6. Kek
7. Kemeja                                                                   7. Mas kawin & bangle 
8. Sireh                                                                       8. Cek hantaran
9. Buah                                                                       9. Buah

family aku tak ikut adat sangat. sepatutnya kalau laki bagi 9 pompuan kena bagi 11...so tak apalah...dah dapat persetujuan dari 2-2 belah pihak dah....alhamdulillah
Alhamdulillah...dalam penat lelah aku (penat lelah tunang aku sebenarnya..hehe) selama ini membuahkan hasil jugak...
akhirnya aku dah dapat kebenaran untuk bernikah dari pejabat agama islam daerah hulu langat di kajang...
step seterusnya hanya perlu bagi kebenaran ini kepada Imam Malik sebab dia yang akan jadi jurunikah aku nanti....

kepada kawan-kawan saya di luar sana...di sini saya ingin membantu dan memberi tips sedikit iaitu:

1. Anda boleh mendapatkan borang2 utk mohon perkahwinan di website2 jabatan agama islam...
    Contohnya kalau selangor JAIS .banyak maklumat yang anda boleh dapat di website itu. 
    Kalau wilayah persekutuan JAWI . Allah sentiasa mempermudahkan urusan yang baik.Alhamdulillah.

2. Sesudah anda mendapatkan borang tersebut. Pihak lelaki dikehendaki melengkapi dahulu borang tersebut 
    dan mendapatkan pengesahan(Penolong Pendaftar Nikah) berkahwin bg pihak lelaki di kariah yang 
    diduduki.

3. Selepas itu, pihak lelaki dikehendaki bagi ke pihak perempuan untuk pihak perempuan proceed dan 
    mengisi borang tersebut dan membuat pengesahan(penolong Pendaftar Nikah) di kariah tmpt yang akan 
    akad nikah dan mendapat kebenaran berkahwin(Pendaftar Nikah) di PAID juga. setelah itu sila serah kan 
    kepada jurunikah anda.(Jangan lupa semasa jumpa jurunikah@penolong pendaftar nikah sila book tarikh dan 
     masa anda bernikah )

4. Sebelum submit borang2 tersebut pastikan anda sudah menduduki kursus pra-perkahwinan dan telah buat 
    appointment untuk mengambil HIV test...


Harap urusan anda dipermudahkan...aminn
Bunting pelamin? bunting?hehehe...bukan-bukan...bunting untuk majlis kahwin la sayang...

hari itu sepatutnya dah dapat masa ambil kad dekat kedai itu tapi boleh dia lupa nak print our bunting...nasib 

baik lah majlis kami ni lambat lagi...tapi yang tak puas hatinya...dia kata dalam seminggu je akan siap...dan 

dia akan call...tapi sampai sekarang dia tak call2 aku lagi...aku malas nak call lagi...yela minggu lepas busy 

dengan konvokesyen aku...minggu sebelum ini banyak kenduri kahwin kena attend...n this week lak tak leh 

jugak sebab nak balik kampung ada kenduri tahlil for my moyang...



ntah-ntah orang itu dah buang kot aku punya bunting...haha...kalau dah buang silalah buat balik yer...

aku pun satu tak call2 pun kedai itu...bukan tak nak call masalahnya kalau aku call bermakna aku dah nak 

ambil dah bunting itu...

20 gerai dalam pasar Chow Kit musnah dalam kebakaran

(source Utusan Malaysia)

hari selasa hari itu aku ada terbaca pasal ini dalam utusan..
setelah baca tajuk ini membuatkan aku menggelabah dan cuak...
mana taknya...baru hari sabtu sebelum kejadian itu aku pergi Chow Kit
untuk membeli barang-barang perkahwinan aku..
selain itu jugak, aku sudah menempah door gift untuk majlis kahwin aku kat kedai itu...
tapi selepas baca paper ni ..aku boleh buat tak tau je...
sampaila ke hari ini baru aku tau kedai yang aku tempah door gift tu tak terbakar..
alhamdulillah..

tadi auntie kedai itu ada call aku dan cakap door gift aku da siap...boleh ambil...
so insyaAllah aku akan ambil esok...ini bermakna kedai auntie tu tak kena..hehe


di sini saya nak suggest kan sesiapa area Kuala Lumpur dan Selangor boleh la beli 
barang2 perkahwinan anda di Chow Kit...murah dan berbaloi...nak pergi nilai pun tak apa tapi jauh la kan...

kalau nak cari bunga artificial yang lawa2 boleh lah pergi Romantika di Galaxy Ampang atau pun di Metro Point di Kajang...murah dan lawa-lawa...tak payah pergi nilai yang jauh itu...
Job Vacancy at Jaring (Bukit Jalil)
Accounts Assistant (Diploma) or
junior accounts executive( Degree)
- fresh graduate digalakkan
- mesti background account
- single, male, minimum diploma
- gaji boleh dirunding semasa interview.
sesiapa yang berminat boleh tinggalkan mesej di chat box saya.
sekian terima kasih.