macam tahun lepas besday saya jatuh pada hari saya kena daftar diri sebagai cikgu..so, nak celebrate pun macam tak berapa excited ditambahkan lagi saya masa itu tengah buat preparation untuk kawin pada bulan 12 pulak...huhu...


beza tahun ini dengan tahun lepas pulak ialah tahun lepas saya masih bujang ( masih tunang orang lagi) but tahun ini dah jadi isteri orang dan dah jadi ibu orang lagi...huhu...syukur alhamdulillah..perjalanan hidup saya smooth saja...


ok tahun ini besday saya 22 november ini jatuh pada hari selasa...si suami pun tak cuti pun... lagi pun nak cuti buat apa kalau saya masih dalam pantang...sedihnyaaaaaa....besday saya jatuh masa saya tengah pantang...so tak bolehlah nak celebrate bersama suami...nak keluar rumah nak pergi jalan2 pun tak boleh.. :( ...


dan bertambah sedih lagi...anniversary perkahwinan saya dengan husband pun jatuh pada saya tengah pantang jugak...tapi tinggal beberapa hari saja lagi nak habis masa itu...tapi my husband dah janji akan celebrate besday saya dan anniversary sekali...so haruslah ada 2 kek...hehe...tak sabar nak tunggu hari tu...


ok ini perbualan saya dan suami semalam semasa sebelum tengok bola sepak sukan sea Malaysia vs Indonesia

saya: nak bagi hadiah apa ni untuk besday esok...hihi

suami: hurmm...kalau malaysia menang lawan indonesia...kira hadiahlah tu..

saya: mana boleh macam tu...lainlah abang yang tengah main dekat situ..abang player malaysia

suami: sama lah tu

dalam hati saya...ishhh sabo sajalah...(masa tu game malaysia baru start)

bila memang confirm malaysia menang...kebetulan pula jam nak dekat pukul 12...si suami pun berkata..haaa itu kira hadiahlah tu...malaysia dah menang...saya pun membalas balik dengan bisingnya...mana bolehhhhhhhhhhhhhhhhh...kena celebrate dan ada hadiah sekali...haha


ok sekarang barulah genap umur aku 24 tahun...alhamdulillah...dan hari ini jugak aku genap setahun jadi cikgu...
assalamualaikum...
sebelum cerita pasal breast cancer ini...saya nak bagitau sedikitlah..sekarang saya akan jarang tulis blog disebabkan anak saya Qairina ini dia dah tak suka tidur lama-lama..paling lama pun 1 jam..lepas itu,dia bangun nak menyusu...sebelum ini saya boleh update blog sebab dia tidur at least 2 jam..that's why lah saya boleh tulis blog dengan khusyuknya..huhu..sekarang ini(masa saya tengah tulis blog ini) anak saya dijaga oleh mak saya (nenek Qairina)..that's why lah saya boleh tulis :D..hihi
 
 

ok, bebalik kepada tajuk entry ini..saya nak kongsilah sedikit cerita dan luahan kerisauan saya ini..
breast cancer? semua wanita gerun dengan penyakit ini...yelah mana taknya dia pembunuh utama wanita sekarang ini..saya pun mampu berdoa saja saya tak kena penyakit ini...



saya cakap pasal ini pun sebab saya ada family history pasal breast cancer ini..iaitu mak saya tapi alhamdulillah dia dah sihat dia kena stage 1..sepupu mak saya stage 4...dah meninggal pun..sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah..dia meninggalkan seorang anak perempuan yang masih kecil...


nak cerita pasal kerisauan saya, sekarang ini saya ada rasa sakit di breast sebelah kiri dan ada ketulan kecil dekat situ..saya hanya mampu berdoa itu hanya breast infection due to breast feeding my daughter...


selepas saya dapat tahu ada ketulan/biji di breast saya...minggu berikutnya baru saya pergi check di klinik (sepatutnya tak boleh melewat-lewatkan sebab boleh membahayakan diri sendiri kalau itu ialah breast cancer)


ok then, pergilah bercerita dekat doktor cina ini..boleh dia marah saya sebab lewat ambil tindakan..tapi saya tahu benda itu bahaya...then buat masa ini dia just boleh cakap breast infection bukannya breast cancer tapi kalau selepas 5 hari still ada ketulan itu, dia akan refer saya ke hospital untuk buat ultrasound for breast cancer...sekarang saya kena kuat mental dan fizikal lah untuk hadapi semua ini... so, hari sabtu ini baru pergi ke klinik itu dulu untuk check balik...


saya hanya mampu berdoa itu bukan breast cancer...
aminn


p/s: breast cancer sebenarnya tak rasa sakit..
assalamualaikum w.b.t

ok hari ini saya nak bercerita mengenai makanan yang menjadi santapan saya ketika berpantang ini...
ok ini lah makanan saya semasa berpantang...sedihkan? huhu...tapi saya bersyukur dapat jugak makan...time ini lah nak turunkan berat badan...betul tak?

 menunya ialah sawi sup + nasi putih + ikan haruan kukus

nasi saya banyakkan?
setahu saya dalam pantang kena makan sikit saja tapi dah dihidangkan dengan nasi yang banyak saya bedal sajalah...huhu..
ikut logik pun mestilah kena makan nasi secukupnya untuk beri tenaga dan
untuk ibu menyusu macam saya ini mestilah kena cukup nutrien..tapi hidangan saya ini cukup ke nutriennya?huhu..

tiap-tiap hari saya makan ikan haruan sebabnya saya kan beranak operate.so, haruslah makan ikan haruan sebab khasiatnya kan untuk menyembuh luka dengan cepat..sekarang ini, musim ikan haruan tengah mahal 1 kilo = RM30...mahal kan...banyaklah duit kena keluar..tak apalah asalkan luka dalam ini cepat sembuh..yelah bab kata nurse dekat situ ada 7 lapisan saya kena potong...saya hanya mampu berdoa sahaja luka dalaman saya ini elok dengan cepat takde yang bernanah...risau ok...



ok ini supplement yang mama saya belikan...

nak tak nak saya terpaksa makan juga sebab dia dah beli dan mahal pulak tu RM50(based on price tag dekat situlah)...aloe vera de bella..tak tahu apa khasiatnya...tapi mama saya cakap kawan dia makan inilah lepas dia dioperate..

dan idea dari mama saya lagi ialah makan buah sunkist...lagilah gerun...mahunya menyiat2 kulit saya...saya tak berani nak mencuba melainkan itu suggestion dari doktor.

ok next entry akan saya ceritakan pengalaman kena operate
RESIPI SUP IKAN HARUAN
Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan
2 cawan air
 2 sudu makan minyak jagung
 1 sudu makan lada hitam

 – ditumbuk 3 ulas bawang merah - ditumbuk [A] 2 ulas bawang putih - ditumbuk [A] 2 sm halia - ditumbuk [A] 1 keping asam keeping Garam secukup rasa Daun bawang & daun sup – dihiris

 Cara menyediakan:

a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan.

b) Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan air.

c) Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan.

terdapat pelbagai resipi untuk ibu semasa berpantang...korang just perlu search saja...ini di antara resipinya...

credit to blog hamil

Secara umumnya, wanita di dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan laut (udang, ketam, sotong) kerana boleh menyebabkan kegatalan pada luka.


Telur boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan mungkin bernanah


 Ikan yang boleh dimakan adalah dari jenis bersisik (tidak bisa) atau yang tidak menyebabkan kegatalan seperti ikan siakap, haruan (menyembuhkan luka), bawal putih/hitam, gelama dan ikan tenggiri.


Antara sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibenarkan adalah seperti kubis, tebu, air kelapa dan buah anggur kerana akan menyebabkan tubuh sejuk atau 'berangin'.

credit to blog hamil
Assalamualaikum w.b.t rakan-rakan sekalian. dah lama saya tak tulis blog mengenai coretan hidupku...before this just post tips2 dan info untuk ibu2 saja...itupun dapat dari blog lain..huhu..


ok...ini gambar saya dengan husband saya.ini pun salah seorang permata hati saya yang tidak ternilai harganya...hehe...gambar ini ambil masa saya tengah mengandungkan anak sulung saya(tulis macam dah anak ramai..huhu)..masa ni baru 4 bulan mengandung..
i love him so much..


Ok next let me introduce our beloved newborn baby: Nur Qairina Batrisyia
lepas ini bolehlah tengok gambar baby saya
sekarang umur dia baru 18hari(masa tengah tulis ni)...


Biodata Qairina
Nama: Nur Qairina Batrisyia Binti Khairil Anuwar
berat jisim masa lahir: 3.12 kg
D.O.B: 25 Oktober 2011 @ 2.53 a.m
P.O.B: Al-Islam Specialist Hospital
Doktor yang menyambutnya : Dr. Rosilawati
type of deliver: caesarian birth
cucu dan cicit pertama bagi belah saya dan suami :)


ini gambar masa dia dah comel berbaju
(sebelum ni saya tengok masa dia berlumuran darah dan lepas saya keluar dari bilik operation)


nurse bawa masuk bilik untuk suruh saya menyusu tapi kitorang sibuk snap gambar dia
sorry sayang...mama excited sangat


ok...ini gambar nenek saya..saya panggil dia tokma
gambar ini diambil before saya masuk labor room..diorang temankan saya

ini of cos la husband saya yang sentiasa setia menemani saya dari saya kena masuk wad sampai dekat labor room..congrats kerana abang berjaya sentiasa disisi ayang selalu..bilik operation saja tidak dibenarkan masuk...huhu


ini gambar baby Qairina tengah senyum..
ingat senang ke nak tengok baby baru lahir senyum
so, apa lagi saya snap la...huhu..(dia tengah mimpi apa lah ye)

ini gambar Qairina tengah celik..
dia baru balik dari hospital check up untuk kuning dia

Qairina tengah nyonyot puting...hihi

ini gambar masa dia baru lepas keluar dari tempat UV light
hari tu juga saya dan Qairina dah boleh pulang..hooreyy

ini mama Qairina
tengok muka saya sangat happy sebab dah boleh keluar hospital setelah seminggu tinggal dekat hospital...jemu ok...walaupun dekat bilik saya ada tv tapi sangat bosan.. sebab time hubby kerja, saya tinggal sorang2... :(
sila ignore pakaian saya..ini saja baju yang tinggal untuk saya pakai masa balik...huhu


sepatutnya saya dah boleh keluar hari ke3 tapi disebabkan permata hati saya ini kena kuning..saya pun tambahlah beberapa hari lagi penginapan di sini untuk menyusukan dia@ menemaninya di sini..takkan anda sampai hati tinggalkan anak kan?huhu

p/s: sorry sebab ada image yang tidak berkualiti...hal ini disebabkan saya menggunakan camera hp yang murah saja..huhu
1. Peningkatan berat badan bayi kurang daripada 500g sebulan atau


2. Kurang daripada berat badan ketika lahir semasa bayi berumur 2 minggu


3. Pembuangan air kecil yang:
  • sedikit dan pekat
  • kurang daripada enam kali sehari
  • kuning dan berbau kuat


4. Bayi tidak puas selepas menyusu


5. Bayi selalu menangis


6. Bayi menyusu terlalu kerap


7. Bayi menyusu terlalu lama


8. Bayi tidak mahu menyusu


9. Najis bayi keras, kering atau berwarna hijau


10. Bayi kurang membuang air besar


11. Ibu tidak berupaya mengeluarkan susu setiap kali cuba memerah (terutamanya pada minggu kedua selepas bayi lahir)


12. Susu matang tidak dihasilkan selepas melahirkan bayi

kita sebagai umat islam kenalah banyak2 kan doa supaya susu yang kita ada ini cukup untuk anak kita...insyaAllah

credit to blog hamil
  • Mulakan penyusuan dengan mengendung bayi tanpa

  •    membebankan:

    • bahu
    •  
       
    • tangan dan pergelangan tangan
    •  
       
  • Gunakan bantal untuk meletakkan bayi dekat dengan payu dara anda supaya tangan anda tidak sakit



  • Berikan susu badan pada setengah jam pertama selepas kelahiran untuk merangsang pengeluaran susu yang seterusnya



  • Pastikan anda selesa dan betul-betul tenang



  • Letakkan puting susu ke arah bibir bayi sehingga mulutnya terbuka luas



  • Masukkan puting dan kesemua bahagian areola ke dalam mulut bayi



  • Pastikan mulut bayi anda menutupi bahagian aerola



  • Anda akan rasa bayi menghisap bahagian puting dan aerola



  • Berikan kedua-dua belah payu dara



  • Bayi yang baru lahir selalunya mahu menyusu dua atau tiga jam pagi dan malam



  • Berikan susu jika bayi anda lapar



  • Bertenang semasa menyusui bayi



  • Cuba selimuti bayi dan kendungnya untuk menyusuinya kerana bayi perlukan pelukan ibu supaya rasa selesa dan selamat



  • credit to blog hamil
    Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

    1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

    2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

    3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

    4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

    5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

    6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:




    • Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
    • Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
    • Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
    • Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

    7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

    8. Petua masyarakat kita:

    * Cekur Manis
    Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com

    * Kacang Tanah

    Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

    * Air Longan

    Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

    * Halba dan Jintan Hitam

    Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

    * Bunga Melur

    Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

    Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com

    * Lobak Putih

    Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

    * Pucuk Betik

    Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

    * Tuaman Daun Sirih

    Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

    * Jantung Pisang

    Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

    * Makanan Tinggi CLA

    Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

    Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

    Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

    * Kurma

    Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu

    * Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

    1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.


    2. Jambu batu – makan begitu sahaja.


    3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.


    4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.


    5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.


    6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat


    7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi


    8. Barli – air atau bubur barli.


    9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.


    10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.


    11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.


    12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe


    13. Air horlicks

    14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)


    15. Teh hijau jepun


    16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.


    17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.


    18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.


    19. Ubat homeopati

     
     1. MODEL : Tukar gambar setiap hari
     2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari...
     3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh ::
    71M@T -> Jimat)
     4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan/peringatan walaupun tak penting.
     5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)
     6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit
     7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-'
     8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan kegiatan menjengkelkan bersama suami, tunang mahupun boyfren. Mcm die sorang ade suami, tunang/boyfren! Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy -.-''
     9. MENUNJUK-NUNJUK : Setiap saat nk cerita kebahagiaan hidup die.. Yelah..suami, tunang/boyfren ko
     la yg paling baik dan ensem dlm dunia ni! MOTIFFF? : Takut dirampas org kot
     10. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut muncung mcm nk bercium, ingat cantek ke mcm tu?)
     11. SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu & buat profile picture.. : entah apa la motifnya...