Alhamdulillah...dalam penat lelah aku (penat lelah tunang aku sebenarnya..hehe) selama ini membuahkan hasil jugak...
akhirnya aku dah dapat kebenaran untuk bernikah dari pejabat agama islam daerah hulu langat di kajang...
step seterusnya hanya perlu bagi kebenaran ini kepada Imam Malik sebab dia yang akan jadi jurunikah aku nanti....

kepada kawan-kawan saya di luar sana...di sini saya ingin membantu dan memberi tips sedikit iaitu:

1. Anda boleh mendapatkan borang2 utk mohon perkahwinan di website2 jabatan agama islam...
    Contohnya kalau selangor JAIS .banyak maklumat yang anda boleh dapat di website itu. 
    Kalau wilayah persekutuan JAWI . Allah sentiasa mempermudahkan urusan yang baik.Alhamdulillah.

2. Sesudah anda mendapatkan borang tersebut. Pihak lelaki dikehendaki melengkapi dahulu borang tersebut 
    dan mendapatkan pengesahan(Penolong Pendaftar Nikah) berkahwin bg pihak lelaki di kariah yang 
    diduduki.

3. Selepas itu, pihak lelaki dikehendaki bagi ke pihak perempuan untuk pihak perempuan proceed dan 
    mengisi borang tersebut dan membuat pengesahan(penolong Pendaftar Nikah) di kariah tmpt yang akan 
    akad nikah dan mendapat kebenaran berkahwin(Pendaftar Nikah) di PAID juga. setelah itu sila serah kan 
    kepada jurunikah anda.(Jangan lupa semasa jumpa jurunikah@penolong pendaftar nikah sila book tarikh dan 
     masa anda bernikah )

4. Sebelum submit borang2 tersebut pastikan anda sudah menduduki kursus pra-perkahwinan dan telah buat 
    appointment untuk mengambil HIV test...


Harap urusan anda dipermudahkan...aminn

0 comments: